Friday, June 25, 2010

Apakah motif anda??

Pergh terkejut giler bila bkk FB kawan yang aku rase sangat dekat poly. Bukan terkejut sebab tetiba pakai tudung labuh laaa. Tapi terkejut sebab bila masa la dia ambik pic aku. Okeh juz grab the pic and do nothing ok la but then apa motif bile she tagged budak-budak lelaki yang takde kena mengena dalam gambar tu? Kalau budak lelaki tu jenis mulut cam sopan xkesah la tapi nie mulut kalau sepisis cakap bau longkang campor mulut naga apa kejadahnya.


ADAKAH GAMBAR INI NAMPAK MENDA LAIN??







Bila tengah tulis entry nih okeh baru terpikir maybe bukan dia yang tagged this pic tapi bagi aku kau sebagai tuan punya album..bukan kau patut remove comment yang macam sengal ke? Aku ingat lagi malam-malam aku telefon dia sebab suruh dia delete yang pic tengah aku dok mengangkang sambil main pasir plus dengan satu pic yang nampak bra aku.Pergh dia juz delete satu jek yang dok mengangkang. Ingat kalau pic tu lawa menda yang patut disembunyikan tak perlu ambil pusing? Patut la kawan-kawan yang lain asyik cakap yang kau tak kesah janji pic kau cun padahal orang lain muka macam tak pernah bergambar! Janji kau cantikkan?

Monday, June 21, 2010

Sob-sob soooooobbb!

Eeeee semak betul la bila aku tengah best tidur kang telefon cikai ayam aku berbunyi
sekali pandang je nama caller 2 pastu wat bodoh jek. Tak sampai 2-3 minit bunyi lagi. Korang bukan tak tahu yang ak bangun pukul 2ptg suka ganggu aku tau! Langkah diambil SILENT senang hidup weh..

Cewahhh bila lepas mandi pastu buat muka tak bersalah SMS balik sesiapa yang call cakap
" eh sory la aku tido lgik nie br bgn"- cewahhh bajet suci laa
" Dapat U x?"
Oh lupe 18/6 result UPU kua. Okeh tetapi tak seberapa excited la. Sebab dalam hati nak cari kerja tapi bila suruh carik kerja cakap nak belajar plak. Mana satu kau nie peah!

Buka website upu then isi la no ic 2. OMG! okeh2 aku dapat Unimap! Syukur cewaahh dengan pantasnya text si George then bagitau family. Dalam tak excited tu kan boleh pulak bagitau kat orang.

Tapi sedey la bila dapat tau kawan sekelas dapat UTHM! Bestnyer korang dapat hujung dunia yang cam happening.Hak3 tapi Perlis best hape bleh la aku soping barang siam. Korang time tu mesti jeles tengok aku beli macam-macam! Eh tobat xnak soping sebab rasa duit yang diterima harus disalur ke tempat yang betol. Why Perlis?? Cepat cari idea untuk pujuk hati nie..sato duo tigo...
** diowang cakap makan nangka @cempadak goreng kalau kat sane** tapi bukan kat sini pon ada gak ke makanan tu..KIV kan
** Hari-hari bleh makan HARUM MANIS** tapi bukan mangga ikot musim kew??
** Ada Dayah dekat sana**

Hak2 actually beljar dekat mana pon takpe. Lagipon aku memang berdoa xdapat UTHM sebab taknak cos yang mekanikal am. Tapi kos metalurgi tu hape? Sudah lupa time isi borang bukan kemain research siap lecturer pon diganggu tapi bila dapat lupa la plak apa menda kos nih. Hey Perlis aku akan datang melihat negeri kau.Ewahhh excited nih! Tak sabar merasa dunia baru. Kepada kekawan wish me luck ya!

Thursday, June 17, 2010

Gian dan antibiotiknya

Lepas abes je kenduri serta merta rasa sunyi yang amat sangat. Yela lepas tengok satu-satu bontot kereta saudara-saudara aku keluar dari laman rumah buat aku rasa betapa bestnya ada ikatan persaudaraan. Macam aku sendiri pon bila dah besar-besar bukan selalu sangat contact dengan sepupu padahal dulu kalau mandi laki pompuan selamba badak jek. Tapi pada zaman dihujung jari segalanya mungkin (ayat xleh blah).Mujur ada Facebook. Cewaaahhh kalau siapa tak ada FB maka dia masuk dalam kategori katak bawah tempurung tapi pengecualian diberikan kepada nenek dengan tok-tok yang tua. Kang aku gelak guling-guling kalau ada tok yang gigi tinggal sebatang dok men FB.

FB? Mula-mula main ceh haram tak reti dengan tak bleh blah nama penuh sendiri. Tapi lama-lama pejam mata je main FB nih and boleh terima dengan hati terbuka yang betapa bagusnya menggunakan nama sendiri. Sambil balas comment mesti berkebun. Beli la rumah beli kandang besarkan tanah and sampai sanggup tunggu tak pon set alarm sebab nak harvest pokok! Tersalah beli pokok alamtnya lepas subuhla tidurnya.

Eh sambil tunggu pokok nak harvest main plak cafe world. Masak pastu tunggu sampai makanan siap and sama la dengan farmville tersalah amik menu alamatnya kena set alarm la nak serve makanan itu. Tapi syukur aku sedar, last sekali aku amik keputusan yang amat berat:berhenti main game-game yang agak childish tu.

Tapikan ingat bila tak main game boleh la dapatkan kualiti tidur yang baik tapi tak! Pantang ada orang comment pic mula la reply! Last sekali keputusan diambil oleh Hanis dan aku ialah " DEACTIVATED" FB memasing! Sukar tapi harus dilakukan bagi hentikan gian FB nie. Cewahh siap plan dengan Hanis yang hari sabtu kita reactive la balik. Tapi esok lepas jek deactivated FB
" Pzah kenapa FB hg xda" - 1st SMS
" Pzah ckp la kenapa padam FB, sebab aku ke comment merapu kew" 2nd SMS
Macam mana cara nie nak berkesan baru sehari orang dah tanya, belum lagi call. Sembang kat Skype dengan Hanis pastu keluar seharian mesti cakap
" Tak sabarnye nak tau orang comment ape kat status aku"
" Upload pix tau msk dlm FB n blog"
Jumpa cikgu pastu bila dia tanya pasal kawan-kawan lain jawab dengan cofident
" Ohh kiteorg contact via FB jek"
Tanya cikgu lama yang tengah sibuk mengadap pc
" Biasalah sibuk kat FB jek"

Semuanya FB! Warghhhhh lepas abes perbincangan akhir aku dengan hanis sepakat awalkan reactivate FB! Antibiotik untuk gian FB memang sukar nak ditelan. Yang tau selalu Facebook mesti diselak tiap-tiap hari walaupon mata kita dan hidung kita sudah terbayang bau dan rupa katil!

Wednesday, June 16, 2010

Nak apply atau tak??

Erghhhh rungsing giler bila tau yang company tempat aku praktikal dulu ada

Tuesday, June 1, 2010

Harap masa boleh kembali

Geramnya bila tengok pic konvo Hanis, Tsya, Anis dan kawan-kawan sepoly dengan I yang ada pic konvo sorang-sorang. Hehe padahal konvo I bulan April hari tu tapi baru skang rasa camtu. Cuba kelik nie http://blurryhanis.blogspot.com .Pic kawan-kawan I semua cantik-cantik tapi bila turn I OMG! dahla Hanis kne crop pastu pic tue pon ambil dari FB kawan-kawan.

Tak boleh nak salahkan Hanis walaupon dia menaikkan kegeraman I tentang konvo. Ramai kawan I tanya mana gambar konvo mana gambar konvo? Ish aku pergi konvo dah la nak tengok gambar plak dah SIGH~ So kekawan disini saya menceritakan hal sebenarnya kenapa saya tak ada gambar sorang-sorang ketika memakai jubah Harry Potter kecuali pic masa I amik atas stage..he3 xkan la time tu boleh ada 2 orang kn??

Sebab pertama: TAK ADA CAMERA !

Hak3 ada ke patut hari bersejarah camera takde? Cakap berdegar-degar nak DSLR la tapi hampeh even camera mainan pon takde! Camera ada tapi rosak pastu alang-alang nak beli yang baru kakak I survey punya survey punya survey tapi tak dibelinya jugak.
"Hang suka buang masa aku mengadap PC cari camera halimunan hang tu. Kalau aku tahu camera hang tu halimunan baik aku abeskan masa men farmville"

Kedua: Ada camera tapi tarak guna jugak!

Sebabkan kesiankan adik dia yang selalu makan tarak hingat punya abang I pon apalagi dengan muka tak malu pon pinjam la camera kawan dia. Pukul 12 pergi kacau kawan dia. Thanks bro! kawan dia siap pesan suh charge battery sebabnya dia baru pas guna. I dengan rasa rela hatinya dan gembira pon charge la.
"Yeahhh dapatla aku posing maut dengan robe tu" tapi hampeh baru first snap
"BATTERY LOW".eEeeeEEE rupenya abg I lupe yang battery kawan dia selalu weak. Penat kawan dia pesan tapi lupa gak.
"Adoi baik hang makan kismis bebanyak"

Ketiga: Takde photographer

Sebabkan dulu pernah janji dengan sepupu-sepupu nak tengok movie tapi janji tu tak dapat ditunaikan kerana tak ada tiket maka bila mereka seangkatan tau I nie nak convo laju je kemas baju! Bila abes je majlis convo tu ingat nak tangkap gambar la tapi bebudak nih
" Eh kak ja cepatla movie tgh tgu nih"
" Mama nantikan sampai kat cinema tu asyraf nak pop corn"
Dah la nak tangkap gambar family punya la kena beratur panjang tengok2 jam alamak dah nak pukul 1.Movie kul 2. Tinggal la I sorang-sorang.

Keempat: Malu laaa

Bukan malu sebab kena tinggal sorang-sorang tapi malu la nak cakap kat kawan
" boleh x tangkap gambar aku sekeping?"
Padahal kawan-kawan I pon family diorg yang jadi tukang tangkapnya. Tue pon kira ok la kan family diowg suh I bergambar sekali.
Perkara yang memalukan jugak sebab hanya henpon camera jek ada. Bila suh orang ambil gambar I guna henpon I
" WERK asl aku nampak buruk dalam nih? Aku amik pic hang bukan kemain cantik lagik" Hak3 i marah si Kat tu sebab tak reti guna telepon I.

Kelima: Lapar dan mengantuk

Walaupon remeh temeh sebab kelima nie tapi ia penting. Sebabkan excited nak konvo yelaa kan takot jatuh ooo time kat stage tu mana boleh tidur maaa. Kalau la ada remote kan nak je I cepatkan majlis tu supaya I boleh balik rumah dan tidur sepuas-puasnya. Sebabkan mengantuk la I dengan si Kat tu dah tak rasa nervousnya. Lapar. Breakfast just minum milo untuk sihat dan kuat! Tapi lapar laa well perut nie asyik mintak disi tula bila mama suh makan kata
"Takmo la kang sakit perot naya jek" pastu mulalah dalam dewan
"adoi bila la nk abes nih lapar!"
sesungguhnyer perut nih xboleh wat masuk majlis! sigh~

I rasa dengan kelima-lima hujah I cukuplah untuk korang ketahui kenapa, bagaimanakah,apakah,bilakah dah betulkah keadaan I sehingga pic konvo untuk seorang tak ada!







Pic sesorg nmpk sweet (puji dri snd tp kan xpndang camera la plak spoil)