Wednesday, May 26, 2010

Saya dan JJ

DEAR JJ
Dengar kata JJ ada sale?? Wah bukan dengar kata padahal Mr JJ hantar kad sendiri kata ada sale. Sabar JJ yeaa akan ku datang sebab dalam otak yg ringan tanpa formula termodinamik nih barang-barang bakal saya beli dah ada walaupun dalam poket 5sen pon tak ada!

Lagipon JJ kan tadi Leha tunjuk dekat saya barang dibeli hadiah utk toyboy dia, perfume body shop BOTOL BESAR. Saja saya boldkan botol besar 2 sebab saya geram. Eh ada lagik Mr JJ barang dia beli. Dia beli bra pastu dia siap cakap kat vincci tengah sale. Saya geram sebab saya NAK WEDGES! Mr JJ Mr JJ, kalau awak tak nak saya rasa geram kan pada orang yang boleh shopping nih apa kata awak tahan orang yang shopping nih tambah-tambah budak poly yang mempergunakan duit loan untuk kepentingan diorang.

Mr JJ Mr JJ, kalau awak tak halau orang-orang yang nak shopping sakan tu, awak nak ke tengok mulut saya panjang sedepa sebab kasut wedges saiz 9 tak ada! Awak nak tengok saya muncung? Mesti awak taknak kan sebab saya pengunjung setia walaupun kekadang saya terpaksa tengok je bila lalu depan awak. Selain itukan Mr JJ tolonglah makesure yang semua barang yang saya nak ada. Mr JJ pon tau kan perangai saya, kalau saya berkenaan tapi tak dapat beli mesti saya akan bermimpi! Lagi satu perangai saya yang buat kawan saya pening kepala, bila barang yang saya suka gile-gile tapi saiznya tak ada maka akan berlakulah insiden "Kasut yang kak ijah beli nie Nini akan pakai bila masuk darjah 6" hak3 padahal time beli tu die baru darjah 3! Biar saya tak dapat pakai pon janji saya beli! Mr JJ mesti suka sebab saya tolong kayakan awak kan Mr JJ?

Mr JJ, saya geram bila tau Si Rafi anak Pak Rahim tu dah beli henpon touch sekerin (bunyi cam kampung skit yea) . Ada ke patut? sangat sakit hati..Eh baik kau simpan duit pergi beli kereta lagik bagus padahal henpon U selalu sedekah kat orang! Dengan keangkuhan si Rafi dah wat saya jelik dan ia makin bertambah jelik bila saya dapat tau yang sepupu saya nak bercuti di Jakarta..okeh2 Jakarta saje tapi tu obersee tu. Kalau beli baju kat sana walaupon nipis dan xberkualiti tapi banngaaa sebab kena naik flight oOOO nak gi belinya! Saya nie Mr JJkan jangan kata obersee tak sempat nak pergi tu haaaa air terjun yang tak sampai 20km dari rumah pon tak boleh nak pergi sebab tengah kais pagi!

Mr JJ Mr JJ awak dengarlah ek lagu nih..Saya selalu nyanyi tapi versi BM laaaa

Bila nafsu dikotkn

Firstly nie bukan nafsu yang tut tut ok!
Ini ialah nafsu yang makin meluap-luap bila tengok barang tu nk bli tengok barang ni nk bli! SIGH~ atau lebih dikenali....
Eh I pon tak tau nak panggil apa?? SIGH again~

Dari I sem 4 kan I nak beli camera besar 2. Nak yang SONY sbb handphone I cap ayam..ehhh tak la cap SONY la. Kan ada duit loankan takkan lah bila dah ada duit tu kita nak pakai handphone cikai yang cap ayamkan? Dulu kalau telepon si Jai-e tu bunyi hak3 kenalah dia dengan si Tobey " best gler truetones Jai-e" Hak3 perli o0o sapa yang pakai handphone bunyi monofonik (betul kah eja dan panggilan nih)

Time sem 4 kan ingat boleh la saving sebab LI kt rumah jek tapi hampeh bila si George dan Anis ajak trun ipoh, laju jek singgah ke ATM amik la 4-5rtus. Dalam kepala siap pikir seliper crocs, pastu cappuccino cheese cake, baju 2-3 helai pastu seluar pastu bra spender lagik pdhal kat technician belum mintak nak apply cuti. Bila balik umah try baju cis! " asal aku nak beli baju nih..ketat la" hak3 tunggu kurus kan janji dapat beli.So tiap kali I shopping akan ada baju yang beli tak pernah pakai and ia menyebabkan baju yang tak pernah pakai dah berlambak dalam almari! sigh~

Sbbkan masa sem 4 tak dapat saving, Belum mula sem 5 nih."Okeh jgn guna duit simpan skit sebab nak beli camera besar tu". Tapi kan kawan-kawan rupanya I tak boleh! Tak boleh yea sebabnya SALE! adus.Masa singgah di tempat kawan baik yang tak akan mengeciwakan kita kecuali server down kan siap cakap kat kawan baik " Aku buat keluar 100 je" Hak3 sampai sana tak cukup pergi saja ke tempat kawan baik tu.Kawan baik ada dimana-mana sebab ada MEPS!

Sem 6 nasihat kakak dah tak guna dah.Kakak cakap "duit study mintak kat mama duit loan buat shopping". Tapi malu la kan sbb duit projek tiap-tiap bulan kutip tak kan nk hello mak I jek. Skali kita melawat kawan baik, maka selalulah kita pergi melawatnya. Hujung-hujung sem makan nasi koboi padahal selalu perli si Din Kayu sebab makan nasi koboi. Tapi heran gak duit projek takda la sampai RM7K sampai duit loan habiskn?? Ini mesti kerja JJ, Parade rompak duit aku yang selebihnyer! Shopping boleh tapi duit minyak kereta isi 5inggit untuk seminggu.Pergh gila punya kedekut tapi nasib baik ada abang ON CALL 24/7 bila kereta mati tengah jalan, tengah roundabout, tengah traffic light, tepi kubur cina!

Sekarang walaupon kais pagi makan pagi.Nafsu nak shopping tu ada lagi. Survey camera DSLR (okeh baru tau nama camera besar 2).Padahal kalau tokey kedai tny mau model macam mana konpem nganga sbb yang tau NK DSLR! Tetambah sekarang nih ramai pulak pakai BLACKBERRY. Okeh orang yg pakai nampak cool so NAK BLACKBERRY! Bila pergi kenduri tengok ladies pakai wedges.NK WEDGES walaupun kenduri kat kampung jek yang of course ada selut, debu yang wat kaki putih nampak macam xpernah diberus janji I NK WEDGES! Tengok kereta idaman melintas " NAK MINI sampai bawa kereta masuk line orang janji "OHHHH MINI AKAN KU DAPAT JUGAK" sebab aku baru simpan 20sen untuk beli mini.

Wednesday, May 19, 2010

Jika ia dpt diluahkan

" Hari-hari saya buka FB awak walaupun awak tak online"
" Sebelum tido saya tgk no telepon awak dengan harapan awak telefon saya"
" Taip-tiap hari saya tunggu awak text saya"
" Saya suka awak tapi saya tak kisah awak suka saya atau tak, janji perasaan ini diluahkan"

Nak kekuatan itu! Mampukah??

"Bila bukak FB awak tengok gambar awak..eeee gelinya macam mana saya boleh suka awak"
"Bila awak call saya,awak cakap rindu..saya rasa saya nak melompat"
"Bila awak text saya..mcm saya nk beritahu kawan baik saya siap nak forward SMS tu"
"Saya tau awak tak akan suka saya kerana awak ingat saya tak mudah suka pada seseorg kn"

Mampukah saya lafaz semua tu??
saya perempuan saya kena cool so saya simpan sahaja perasaan saya tu....

Monday, May 17, 2010

Not that kinda girl

Dayah, knlkn aku ngn kawan kau..bosan laa tapi nak yang single tau
Dayah wat apa yang I srh..but it's so sad coz that man too demanding what he is looking for..
That man texted Dayah and tanya peribadi I..
" Kawan ko pandai mengaji?"
" kawan ko cantik tak?"
" kawan ko tinggi tak?"
OMG! no wonderlah U nie belum sampai sekarang laku..tooooooooo demanding..
hello I boleh terima la kalau nak cari perempuan pandai mengaji..ia utk akhirat kelak.
Cantik? cantik itu subjektif..Klu paper SPM Sejarah..kau bubuh @tibai cam nak rak dapat markah punya.Kau nak yang putih gebu, bibir merekah,dagu bertakuk pergi la cari.
Tinggi? rata-rata perempuan di Malaysia nie tinggi tak ada lah sampai 180cm. Payah la wahai lelaki yang sengal.Kita makan nasik bukan makan gandum..So korang bleh agakkan kenapa dia xdapat girlfren..I pon terus tak berminat untuk berkenalan. Lelaki memilih not my taste ya'
I xcantik, xpandai mengaji n xtinggi cam tyra bank 2 ye! puas hati ooo

Perempuan rasanya tak memilih pon sampai macam tu skali. Selalu kita tgk kt Mall kan. Awek punya cun, rmbt ala2 cleopatra, cam patung la tapi alih-alih tgh BF sebelah ouch! Slalu borak engan kwn2..

"Aku boleh terima kalau lelaki hensem nak perempuan cantik tetapi asal ek lelaki yang muka jamban xbape nak siap demand nak awek cam Jessica Alba?" Kekadang lelaki camni xlayan perempuan yang xcantik tapi mereka dan keluarga mereka tak pernah bercermin tengok muka sendiri ke? Sbbnya perempuan bila dah suka pada lelaki,dia terima segalanya.Ok ciri-ciri lelaki idaman itu tetap ada.Tapi soal hati susah dinyatakan. Perempuan simple sahaja..nak cari lelaki yang mampu bg kebahagian di dunia dan akhirat..as simple as that!

Sentuh pasal soal memilih, teringat pada sepupu lelaki I..Dia hensem (sgt hensem!), dengan kahwin dengan seorang perempuan yang cantik,pandai bergaya, tinggi. Tapi kesian sepupu I.rupa-rupanya isteri dia xnak msk dapur,bkemas senang cerita semua menda yang isteri kena buat dia xbuat. Lastly,cousin I bercerai and dia pun dah b'kahwin lain.Walaupun isteri dia sekarang tak secantik ex dia.Tetapi bini dia sgt pandai buat kerja rumah dan paling penting menghormati family suaminya. Dia selalu cakap dia buta waktu dulu.

I tak la anti kepada lelaki yang obses pada perempuan cantik sebab itu adalah pilihan korang dan korang berhak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita diatas hanya untuk renungan.Kepada lelaki yang memilih.harap korang tue pikir balik ciri-ciri gadis idaman korang. Boleh mencari kesempuraan tapi jangan keterlaluan.