Thursday, June 17, 2010

Gian dan antibiotiknya

Lepas abes je kenduri serta merta rasa sunyi yang amat sangat. Yela lepas tengok satu-satu bontot kereta saudara-saudara aku keluar dari laman rumah buat aku rasa betapa bestnya ada ikatan persaudaraan. Macam aku sendiri pon bila dah besar-besar bukan selalu sangat contact dengan sepupu padahal dulu kalau mandi laki pompuan selamba badak jek. Tapi pada zaman dihujung jari segalanya mungkin (ayat xleh blah).Mujur ada Facebook. Cewaaahhh kalau siapa tak ada FB maka dia masuk dalam kategori katak bawah tempurung tapi pengecualian diberikan kepada nenek dengan tok-tok yang tua. Kang aku gelak guling-guling kalau ada tok yang gigi tinggal sebatang dok men FB.

FB? Mula-mula main ceh haram tak reti dengan tak bleh blah nama penuh sendiri. Tapi lama-lama pejam mata je main FB nih and boleh terima dengan hati terbuka yang betapa bagusnya menggunakan nama sendiri. Sambil balas comment mesti berkebun. Beli la rumah beli kandang besarkan tanah and sampai sanggup tunggu tak pon set alarm sebab nak harvest pokok! Tersalah beli pokok alamtnya lepas subuhla tidurnya.

Eh sambil tunggu pokok nak harvest main plak cafe world. Masak pastu tunggu sampai makanan siap and sama la dengan farmville tersalah amik menu alamatnya kena set alarm la nak serve makanan itu. Tapi syukur aku sedar, last sekali aku amik keputusan yang amat berat:berhenti main game-game yang agak childish tu.

Tapikan ingat bila tak main game boleh la dapatkan kualiti tidur yang baik tapi tak! Pantang ada orang comment pic mula la reply! Last sekali keputusan diambil oleh Hanis dan aku ialah " DEACTIVATED" FB memasing! Sukar tapi harus dilakukan bagi hentikan gian FB nie. Cewahh siap plan dengan Hanis yang hari sabtu kita reactive la balik. Tapi esok lepas jek deactivated FB
" Pzah kenapa FB hg xda" - 1st SMS
" Pzah ckp la kenapa padam FB, sebab aku ke comment merapu kew" 2nd SMS
Macam mana cara nie nak berkesan baru sehari orang dah tanya, belum lagi call. Sembang kat Skype dengan Hanis pastu keluar seharian mesti cakap
" Tak sabarnye nak tau orang comment ape kat status aku"
" Upload pix tau msk dlm FB n blog"
Jumpa cikgu pastu bila dia tanya pasal kawan-kawan lain jawab dengan cofident
" Ohh kiteorg contact via FB jek"
Tanya cikgu lama yang tengah sibuk mengadap pc
" Biasalah sibuk kat FB jek"

Semuanya FB! Warghhhhh lepas abes perbincangan akhir aku dengan hanis sepakat awalkan reactivate FB! Antibiotik untuk gian FB memang sukar nak ditelan. Yang tau selalu Facebook mesti diselak tiap-tiap hari walaupon mata kita dan hidung kita sudah terbayang bau dan rupa katil!

0 comments:

Post a Comment